Program Pertukaran Pelajar

 

Program Pertukaran Pelajar Antara Universitas Pahlawan Tuanku Tambusai, Indonesia Dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


Pagoh, News.com- UTHM Cawangan Pagoh berbesar hati menerima kunjungan lima orang pelajar dan seorang pensyarah penyelia dari Universitas Tuanku Tambusai (UP) yang terletak di Kampar, Provinsi Riau Indonesia pada hari Sabtu (21/10/2023). Program kali ini berjaya dilakukan secara fizikal memandangkan sudah 3 tahun berturut-turut dilakukan secara atas talian berikutan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Kedatangan pelajar dari dua kampus yang berlainan dari dua negara jiran ini adalah dalam rangka program pertukaran pelajar antara kedua-dua kampus tersebut. Lima pelajar UP yang mengambil bahagian dalam program ini ialah Sumayyah Azzahro, Della Salvina, Al Ahzuri, Suzila, dan Adillah Azzahra. Manakala, pensyarah penyelia UP pula ialah Dr. Hj. Molli Wahyuni, S.Si, M.Pd. Kehadiran kumpulan dari UP disambut baik oleh Pihak UTHM Cawangan Pagoh.

Para pelajar UP telah dibawa untuk mengelilingi kampus pada hari Ahad (22/10/2023). Manakala pada waktu petang pula, Prof. Madya Dr. Hamizah selaku pensyarah yang bertanggungjawab terhadap program ini telah menjemput Dr. Hj. Molli Wahyuni, S.Si, M.Pd. untuk memberikan perkongsian berkenaan Teknik Penulisan Akhbar pada hari Ahad (22/10/2023) kepada pelajar Tahun tiga Matematik Teknologi (BWA). Perkongsian selama tiga jam itu turut disertai oleh pelajar mobility dari UP sebagai salah satu aktiviti mereka semasa berada di UTHM.

Selain itu, para pelajar UP juga turut serta menghadiri kelas Numerical Method bersama-sama pelajar Tahun dua Matematik Teknologi (BWA). Selain daripada belajar di kampus UTHM, mereka juga telah dijemput untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh UTHM. Salah satunya ialah Program Literasi Statistik: Produk Open DOSM Nextgen di Dewan A9 Kolej Kediaman Pagoh dan Pertandingan Datathon "Sustainable Dashboard With Microsoft Excel" di UTHM Kampuk Induk Parit Raja.

Selama seminggu keberadaan mereka di sini, para pelajar UP juga turut diundang untuk mengunjungi Melaka, negeri yang terkenal dengan sejarah di Malaysia pada hari Jumaat (27/10/2023). Antara tempat yang dilawati oleh mereka ialah Muzium Samudera, A-Famosa, Menara Taming Sari dan Jonker Street. Tujuan lawatan ke Melaka ialah supaya mereka dapat melihat dan mempelajari salah satu Sejarah yang ada di Malaysia. Selain itu, pelajar UP turut dibawa berkelah di Air Terjun Gunung Ledang sebagai aktiviti terakhir mereka di Malaysia.

Program Pertukaran Pelajar selama seminggu ini telah berakhir dengan jayanya. Pihak UTHM berharap agar kedua-dua pihak UTHM dan UP dapat mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain agar program ini dapat dijalankan sekali lagi kelak. Selain dapat memberi pengalaman kepada pelajar program ini juga membantu mengeratkan hubungan antara kedua-dua universiti.



Pelajar Universitas Pahlawan bersama-sama Prof. Madya Dr. Hamizah di Muzium Samudera, Melaka


Dr. Hj. Molli Wahyuni, S.Si, M.Pd. memberi perkongsian berkenaan Teknik Penulisan Akhbar









Comments