Program Pertukaran Pelajar
Program Pertukaran Pelajar Antara Universitas Pahlawan Tuanku Tambusai, Indonesia Dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pagoh, News.com- UTHM Cawangan Pagoh berbesar hati menerima kunjungan lima orang pelajar dan seorang pensyarah penyelia dari Universitas Tuanku Tambusai (UP) yang terletak di Kampar, Provinsi Riau Indonesia pada hari Sabtu (21/10/2023). Program kali ini berjaya dilakukan secara fizikal memandangkan sudah 3 tahun berturut-turut dilakukan secara atas talian berikutan wabak Covid-19 yang melanda dunia. Kedatangan pelajar dari dua kampus yang berlainan dari dua negara jiran ini adalah dalam rangka program pertukaran pelajar antara kedua-dua kampus tersebut. Lima pelajar UP yang mengambil bahagian dalam program ini ialah Sumayyah Azzahro, Della Salvina, Al Ahzuri, Suzila, dan Adillah Azzahra. Manakala, pensyarah penyelia UP pula ialah Dr. Hj. Molli Wahyuni, S.Si, M.Pd. Kehadiran kumpulan dari UP disambut baik oleh Pihak UTHM Cawangan Pagoh. Para pela...